Wednesday 2 September 2009

melokan...

salam... sepanjang di kepulauan Beruit juga aku dan rakan pensyarah yang lain sempat melakukan aktiviti yang belum pernah aku ikuti seumur hidup ini... aktiviti yang unikyang aku jalanai itu adalah aktiviti melokan... iaitu mencari lokan di hutan paya bakau dan pesisir pantai...
sememangnya kami semua begitu bersemangat bangun pada pagi itu. namun semangat hampir terbantut apabila hujan masih tidak reda-reda. Oleh kerana semangat yang sudah membuak-buak... rakan ku yang juga tuan rumah iaitu Joe mempersiapkan kami untuk pergi melokan.. dia telah pun menjemput kakaknya yang tinggal di kampung yang sama untuk membawa kami pergi melokan...
antara persiapan kami ialah...
  1. baju kotor berlengan panjang (bagi mengelakkan luka dan digigit nyamuk)
  2. kasut boot
  3. pisau cangkuk atau parang ataupun besi panjang (untuk melorek tanah bagi tujuan mengesan lokan yang terdapat dalam tanah lumpur)
  4. Terendak (topi bagi melindungi kepala+topi tradisi masyarakat Melanau)
  5. Jaring atau plastik ataupun guni bagi mengisi lokan yang diperoleh
  6. bakul anyam bagi menempatkan dapatan lokan..
seramai 15 orang (termasuk 10 pensyarah+seorang student sesat nak ikut heheh+orang kampung) telah pergi mencari lokan pada pagi itu. hujan yang masih renyai-renyai yang kadang-kadang menjadi lebat diredahi untuk ke tempat melokan. sepanjang perjalanan kami perlu meredah anak sungai, meniti di atas titi yang kecil halus, masuk dalam parit, kebun orang dan juga hutan.

tiba di tempat melokan kami di ajar dengan teknik mencari lokan. langkahnya adalah dengan melorekkan parang atau pisau ataupun besi panjang tadi ke tanah lumpur bagi mengesan lokan yang terdapat di dalam tanah. Lokan akan diperoleh sekiranya kita mendengar bunyi "thingk" hasil geseran antara besi pisau atau parang tadi dengan cengkerang lokan tersebut. Maka kita hendaklah mengambilnya dengan menggunakan jari jemari yang halus dan masukkannya dalam bakul heheheh.. itu sahaja.. nampak macam senang kan?

sebenarnya tidak... tidak sama sekali..
kerana proses ini amat memenatkan dan menyakitkan tulang belakang kerana terpaksa membongkok bagi mendapatkan lokan.. lorekan yang dibuat hanyalah secara rambang... berpuluh-puluh lorekan atau torehan pada tanah belum pasti akan mengena pada cengkerang lokan tersebut. Kesabaran dan kegigihan amatlah diperlukan bagi mendapatkan lokan. huhuhuhuu
pada mulanya memang sukar sekali mendapatkannya kerana tidak pasti bagimana bunyi yang sebenarnya dalam mencari lokan ini.. 10 minit pertama pon belum dapat lagi...
tapi... kalau dah nama semangat kan.. dapat juga kutipan pertama.. diikuti kedua dan ketiga.. walaupun jarak dapatannya amatlah jauh.. heheheh...
aktivti melokan diteruskan sehingga tidak sedar jam menunjukkan pukul 1.30 petang... tak sangka sudah lima jam berada di hutan paya bakau tersebut.. aktivti meolkan kadang-kadang mengasyikkan jugak walaupun penat dan sakit pinggang.. hehehh..

P/s: maafla... semasa aktivti tak da gambar nak tunjuk kat sini..yela.. hari hujan.. redah lumpur semua tak da siapa antara kami yang sanggup bawa kamera heheheh.. cuma persiapan sebelum je yang dapat ambil...
ok jumpa lagi...

5 comments:

Kisah Hati hamba said...

hari tuh jugak dapat makan lokan bakar.. kitorg bakar lokan banyak2... sampai muak makan.. huhuhuhu

pakcik putrajaya said...

kat kapon pakcik pun ada loke..nape me(man)cari loke jauh sangat sampai pulau..apa(sebut molek sikit).

di mukah ada lawa(buat dp ikan mentah dicincang.ikan mata luas uji rasid)jual kat pasar.sedap jugak kata makcik.

hantu ada kacau me lagi ke..harap dia dah kenal me tu siapa..ttu dia tak ganggu lagi

kisah mata hati said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kisah Hati hamba said...

hehheeheh... man cari loke jauh sebab kat kapong mak tak dok... hehhehe...

kat mukah ada UMAI.. yang wat dr ikan mentah.. letak cili, letak bawang merah, letak halia, letak garam ckit... pastuh perah limau... maybe ituker Lawa yang pak cik maksudkan...

hahahha.. hantu ... harap dia tak kacau lagi dah.. dia nak kawan je kot senanya.. maybe man salah tafsir... janji dia tak kacau bukan2... huhuhuuh..

norinaomar said...

I dah ada experience Mengesik las year,penat tapi best sbb sik tuai tu sangatlah sedap..tapi aktiviti sampingan is menampar nyamuk di sana sini lahh=)