Monday 31 August 2009

benarkah belajar pandai dan berjaya akan senang?

teringat kecik2 dulu dalam kelas di tadika... sekolah rendah...
cikgu selalu pesan...

"belajarlah rajin-rajin.. supaya besar nanti senang... dapat kerja di tempat yang best.."

mak cik pak cik di kampung pun bercakap benda yang sama.. nanti dapat kerja di tempat yang best-best... ofis besar... kalau belajar pandai... masuk Universiti...

terkenang kembali semua tuh... tapi hakikatnya... tak semua orang akan dapat apa yang dijanjikan itu... maksud ku.. belajar rajin-rajin dan berjaya ke Universiti dan mendapat segulung Ijazah... dan senang selepas itu.... tetapi tidaklah benar semua itu... kerana masih ada yang bekerja dengan susah payah...

Inilah yang dinamakan sebagai takdir...
kedatangan ku di bumi bertuah ini... bumi mitos puteri santubong... membuatkan aku tertanya kembali dan berfikir semua ini... para pendidik di sekolah-sekolah semuanya insan yang bijak... dan berjaya ke Universiti... tapi mereka tidak dijanjikan dengan kemewahan dan kesenangan dalam hidup... perjalanan yang mereka harungi lebih perit lagi... lebih tabah dan kuat ESQ nya...

dan sinilah pengorbanan mereka dicurahkan... biarpun diwaktu petang... mencari damai di pantai dengan tangisan... tapi itulah tangisan keinsafan sebenarnya.. tangisan orang yang cekal... masakan tidak.. hidup bagaikan kembali ke alam 20 tahun yang lepas.. tanpa line telefon dan juga sumber air bersih...

pada diri ini dan insan lain... hidup mesti disulami pengorbanan.. sesudah berjaya.. janganlah kita mengharap akan dapat bertugas di tempat yang hebat.. ada aircond dan canggih manggih semuanya... kerana kejayaan kita perlu dikongsi bersama oleh mereka yang ketinggalan. supaya mereka juga akan berjaya seperti kita... atau lebih dari kita...

perjalanan menuju perkampungan pedalaman walaupun terpaksa bertukar-tukar boat dan meredah hutan usah dijadikan alasan...

kerana di sana menunggu dengan sekuntum senyuman...

3 comments:

ejan said...

pandai macam mane pn.. kalo x sertai dgn amalan2 yg soleh.. xgne jgk.. better pandai di dunia seta di AKHIRAT.. insya Allah

Kisah Hati hamba said...

wah... itu dah memangla... ko ni dah taubat ker... hehheheeh.. gurau jer.. ko masih di UKM ker...?

dazzrique said...

setuju...
berkongsi tu kan lebey baek dr mkn sorg...