Saturday 12 September 2009

berbudi pada tanah Beruit......

Salam ... sekali lagi coretan dari Beruit..

Pagi pertama di Kampung Penibong Pulau Beruit, aku dan rakan2 pensyarah di bawa menjalankan satu aktiviti tradisional yang menarik...pada pagi yang ceria itu.. aku dan rakan-rakan mengikut penduduk kampung Mak Cik Hasnah dan rakan-rakannya pergi menanam padi... bukan padi biasa... tapi Padi Huma.. (mungkin pada anda semua aktiviti biasa.. keran sudah biasa dengar dan lakukan.. tapi bagi aku inilah pengalaman kali pertama dalam hidup...) Biarpun aku anak Jati Negeri Jelapang Padi.. dengan sawah hanyalah di belakang rumah dan membesar dengan lumpur sawah... namun... aktiviti pada pagi itu berbeza sekali dengan apa yang terdapat di kampung aku...


pagi yang damai.. di kampung Penibong


berjalan menuju ke kebun... dengan semangatnya.. heheh


jauh lagi nih.. penat jugak heheheh


Posing jap.. Padahal penat... heheh


dah jumpa kebun hhehehh

kebun yang menghijau...

meniti di atas kayu kecil... ada jugak orang takut.. heheh

Tiba di kebun... kami melihat semaian anak padi huma yang baru berusia seminggu.. ianya di semai di atas sehampar tikar getah..anak padi semaian ini disemai di atas tikar getah bertujuan bagi memudahkan proses pemindahan dan menanam...





Proses pertama adalah dengan mengangkat anak padi tadi.. kemudian.. lubang akan dibuat dengan menusukkan batang kayu ( sebesar hulu cangkul) ke tanah.. setelah itu barulah sejemput anak padi tadi di ambil dan di masukkan ke dalam lubang di tanah yang ditusuk dengan batang kayu tadi... kemudian kita kenalah tutup balik dengan rapat lubang yang terbuka selepas memasukkan anak padi tadi.. bagi mengelakkan ianya di makan oleh haiwan seperti burung dan H1N1. heheheh...


asyik sebenarnya melakukan aktiviti tradisional ini... berbeza sekali dengan proses menanam padi di sawah seperti di kampung aku.. kerana menanam padi huma amat mudah sekali.. tidak perlu bermain lumpur... kerana.. padi huma tidak memerlukan bantuan air yang banyak seperti padi di sawah...
cukup sekadar dengan menunggu hujan turun sekali sekala... cukup enam bulan bolehlah ianya dituai... heheh


hehehh tengok tuh.. asyik betol kitorg menanam...
tapi takper... nanti kitorg datang kutip hasil ya mak cik pak cik.. heheh


Beras padi Huma sangat tinggi kanjinya... berasnya keperang-perangan dan sangat harum apabila dimasak menjadi nasi.. teksturnya nasi hasil beras huma sangat lembut dan sedikit melekit kerana kandungan kanjinya yang banyak.. sedap lagi sekiranya dibuat bubur nasi.. makan sedikit nasinya sudah cukup mengenyangkan... itulah kelebihan beras padi huma...


owh lupa pula hendak menceritakan yang ini..
heheheh.. sebenarnya.. selepas kami semua penat bercucuk tanam... kami dihidangkan dengan menu istimewa.. nak tahu apa... air kelapa muda.. hehehe bunyi macam biasa kan..? tapi lain sedikit versinya.. selepas sahaja kami selesai.. pak cik mamanjat pokok kelapa yang hampir 10 meter tingginya.. bagi mendapatkan kelapa muda.. hampir sepuluh biji digugurkan... kami dihidang dengan air kelapa muda.. orang Melanau cakap anum benyoh maksudnya air kelapa.. heheheh.. air kelapanya sangatlah manis dan terasa bergas... nyaman sekali.. cukup melegakan tekak yang kering pagi itu... isinya pula sangatlah lemak... manis... kenyang betol hari tuh.. heehhe..


okla.. untuk itu... kita jumpa lagi...







No comments: