Tuesday 25 August 2009

mang (meang)

Berada di perkampungan Penibong di Pulau Beruit telah menemukan aku dengan satu spesies haiwan yang tidak pernah aku lihat dan sentuh seumur hidup.. Haiwan ini telah kujumpai ketika sedang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan kampung dan sekolah bersama pelajar-pelajar yang menyertai Jejak Pulau dan orang-orang Kampung Penibong dan Kampung Penuai... membersihkan kawasan padang bola sepak telah menemukan akui dengan haiwan ini.

Rupanya seakan-akan kala jengking, namun sepitnya pula seperti ketam. namun jika diamati.. badannya seperti seekor udang galah pula... macam lobster pon ada... kulitnya pula keras dan agak berduri...warnanya semulajadi kemerah-merahan..

Pada mulanya memang takut untuk memegangnya.. apatah lagi untuk menyentuh walaupun sedikit... bimbang kalau-kalau ianya mempunyai sengat seperti kala jenking atau disepit seperti ketam.

Namun penduduk disitu memberitahu sifat sebenar haiwan tersebut.. Mang bukanlah haiwan yang agresif dan mudah menyerang lawan... mang berjalan dengan mengesotkan badannya ke belakang...

Haiwan ini boleh dimakan mengikut penduduk kampung... namun mengikut seorang pak cik ni mang yang kami dapat hari ni tak boleh dimakan kerana diracun (tuba) oleh mereka bagi memusnahkan busut (sarang mang) yang dibuat tengah padang bola sepak... Alah.. kecewa jugak rasa dihati... nak jugak rasa isinya yang manis tuh... heheheh

Namun bila dah dikatakan rezki.. akhirnya dapat jugak aku, kawan-kawan dan students makan dan menikmati keenakan isi mang... nak tahu macam mana... haaa.. ada seorang mak cik ni.. mak cik hasnah namanya.. dia pandai mengeluarkan racun dari badan mang.. dia pandai memasaknya...

Iaitu dengan merendam haiwan mang ni dalam air garam terlebih dahulu sebelum masak... bayangkan dengan penat lelah bergotong royong... kami dihidangkan dengan mang masak kicap... yang dimasak oleh mak cik-mak cik di kampung ni.. mudah sekali diorang memasaknya..

Namun rasanya.. memang menambat hati.. sehingga sekarang ni pun masih terbayang-bayang keenakannya.. masakan tidak.. rasanya lebih sedap dari udang.. ketam dan lobster sendiri... nak kata gabungan kesemua haiwan tu pun boleh juga.. tambah-tambah lagi bagi mang yang ada telur di dalamnya.. sedapnya tidak terhingga.. telur mang terletak pada ekornya yang panjang itu. Tekstur telurnya pula macam telur kuning telur masin... hehehe memang sedap.. berebut-rebut kami semua makan.. sampai ke dalam periuk di kutipnya mang masak kicap ni... tak cukup dengan tu ada juga mang yang direbus begitu sahaja... juga sedap rasanya.. bahagian sepitnya yang besar memang banyak isi.. kalau ketam yang kita makan tu selalunya banyak kulit dr isi.. tapi mang memang penuh dengan isi.. dari kepala sampai ke ekornya.. hehehe..

Hingga menjilat jari kitorang hari itu... heheheh...


































5 comments:

Khairulkalu @ Mr. K said...

mak aih man.

pelik bebenor haiwan tu

dazzrique said...

oh first time aku tgk menatang ni..
ada jugak menatang camni ghupanya..
huhu..
bwk kelik sekor
aku nak bela..haha

Kisah Hati hamba said...

hhehehe.. tula pelik... tapi skg ni tengah check status halal dia.. ada kata haram.. sebab ada orang cakap dia dua alam... ada cakap bleh makan.. macam ketam.. huuhu.. tapi lepas ni klu kata haram... pon tak per.. sebab dah penah rasa.. ahhahahaah..

ada saper2 nak cuba...

dgr kata dekat kelantan pon ader binatang mang ni..
maybe bahasanya lain...
hheheh

Kisah Hati hamba said...

ada sorg membe tuh... mula tunjuk kat dia takot giler dia.. siap lari lagi.. ingt binatang mang ni nak sengat dia... siap jerit2 lagi bila bawak binatang tuh dekat dia..
padahal... bila dah masak Mang tuh... dia yang serbu sakan... heheheh kelakar pon ader..

aman said...

ZaHiRaH said...

indahnye ciptaan Allah.nnti nak kirim mang 5 kilo ye. haha

04 September 2009 11:52