Perjalanan ke Kompleks Rakan Muda Bera ambil masa yang lama... so aku dan hasnol asyik melalak je dalam keretanya... habis jugak 2,3 bundle CD lagu si Hasnol tu..waahahahah
Tapi bila sampai di Kompleks Rakan Muda Bera, tak ada sesiapa pun...Telefon punya telefon P.R.O KBS, rupanya tempat menginap di Kompleks Rakan Muda Jempol... mak aii... 50Km pulak kitorang bergerak ke sana.. huhuhu.. sedih tol..
Sampai di Kompleks Rakan Muda Jempol, Hasnol bukak DVD Twilight pulak... aku nak tido... dipaksanya aku melayan cerita tuh.. not bad... layan jer walaupun mata sekejap terlelap..sekejap celik... huhuhu
Petang tuh kitorang pusing-pusing jap bandar Bahau... cari makanan... heheheheh pastuh gi karaoke..sampai tiga jam... boleh pulak... menangis terus...
Keesokannya barulah kitorang bergerak ke Bukit Kok, Pos Iskandar, Bera... satu kawasan orang asli yang begitu jauh terperuk di kawasan pedalaman... (line Handphone tak de huhuhu...)
Sepanjang perjalanan masuk..(yang kiri kanannya adalah rimbunan pokok kelapa sawit dan hutan) kami di sambut dengan puluhan ekor anjing yang setia menunggu di atas jalan yang agak berlopak di sana sini...
banyak benar anjing... Memang benar.. anjing merupakan haiwan peliharaan bagi masyarakat orang asli... sudah sinonim pun..
Dengan wajah yang blur-blur anak-anak kecil warga asli ini datang untuk mendapatkan beg dan pen ini.. depan belakang dikerumuninya...
kesian pulak menengok anak-anak kecil yang masih belum dapat beg depan booth aku tu... dengan wajah yang suram... dan masih mengharap untuk mendapatkan habuan...
maka dihulurkan juga beg yang berisi dengan tabung duit... namun sebelum barangan tersebut menjadi hak milik mereka.. sempat juga menyuruh diorang membaca dan mengira... ternyata masih ada yang tidak boleh membaca dan tidak mengenali huruf..
walau begitu... ada dikalangan mereka mampu membaca... tapi amat malu untuk menuturkannya...
sudah datang anak-anak.. datang pula para ibu dan bapa.. yang juga ingin memndapatkan beg dan barang-barang yang lain...
ada yang tidak berbaju... duduk dan menghisap rokok daun..
atas rasa ikhsan.. kami hulurkan barangan tadi buat mereka...
gembira benar mereka kulihat...
beg yang dihulurkan walaupun hanya merupakan beg jinjit.. tapi dapat kurasakan bahawa beg itu umpama beg sekolah bagi mereka..
2 comments:
mcm seronok je :]
memang seronok chupchintap... penat jugak... heheheeh
Post a Comment