Sunday 12 April 2009

Dari sudut hati...

AKTIVITI: Pelancaran Rakan Muda Wawasan Desa (bersama orang asli)
TARIKH: 11 dan 12 April 2009
TEMPAT: Bukit Kok, Pos Iskandar, Bera, Pahang Darul Makmur


Hari Khamis arituh... dalam kekalutan merancang untuk berbondong-bondong ke kenduri Perkahwinan Penolong Akauntan, IPPBM ini (FARIUS aka Yus) 11 April ni ... dapat pulak memo yang tercatat di situ Norman dan Hasnol... terus macam low.. Maka persiapan seterusnya adalah mengemas barang-barang untuk pameran yang perlu di bawa ke perkampungan orang asli tersebut. Tak dapatla la menengok hari bahagia Yus dan pasangannya Sarah... huhuhu..

Perjalanan ke Kompleks Rakan Muda Bera ambil masa yang lama... so aku dan hasnol asyik melalak je dalam keretanya... habis jugak 2,3 bundle CD lagu si Hasnol tu..waahahahah

Tapi bila sampai di Kompleks Rakan Muda Bera, tak ada sesiapa pun...Telefon punya telefon P.R.O KBS, rupanya tempat menginap di Kompleks Rakan Muda Jempol... mak aii... 50Km pulak kitorang bergerak ke sana.. huhuhu.. sedih tol..

Sampai di Kompleks Rakan Muda Jempol, Hasnol bukak DVD Twilight pulak... aku nak tido... dipaksanya aku melayan cerita tuh.. not bad... layan jer walaupun mata sekejap terlelap..sekejap celik... huhuhu

Petang tuh kitorang pusing-pusing jap bandar Bahau... cari makanan... heheheheh pastuh gi karaoke..sampai tiga jam... boleh pulak... menangis terus...

Keesokannya barulah kitorang bergerak ke Bukit Kok, Pos Iskandar, Bera... satu kawasan orang asli yang begitu jauh terperuk di kawasan pedalaman... (line Handphone tak de huhuhu...)

Sepanjang perjalanan masuk..(yang kiri kanannya adalah rimbunan pokok kelapa sawit dan hutan) kami di sambut dengan puluhan ekor anjing yang setia menunggu di atas jalan yang agak berlopak di sana sini...

banyak benar anjing... Memang benar.. anjing merupakan haiwan peliharaan bagi masyarakat orang asli... sudah sinonim pun..


Setibanya di tapak pameran... sebaik sahaja hendak menyusun bahan pameran... dah pun berduyun-duyun anak-anak kecil datang mengerumuni booth untuk mendapatkan beg, kalkulator, tabung, pen dan buku nota.




Dengan wajah yang blur-blur anak-anak kecil warga asli ini datang untuk mendapatkan beg dan pen ini.. depan belakang dikerumuninya...
'' nak beg datang ke depan ye dik..."
arahan yang diberikan aku untuk memudahkan diri ini.. wahahah..
serabut nyer...
pening kepala... teman aku si hasnul awal-awal lagi dah surrender penat katanya...
jam baru menunjukkan pukul 10.00 pagi... nampaknya kalau terus keadaan disesak dan nak penuhi permintaan anak-anak ni... maka amatlah dikhuatiri petang belum sempat menteri buat pelancaran tengahari nanti.. bahan dah tak ada... so hasnul dan beberapa pegawai yang lain suruh sorokkan semua bahan tadi bawah meja pameran...







kesian pulak menengok anak-anak kecil yang masih belum dapat beg depan booth aku tu... dengan wajah yang suram... dan masih mengharap untuk mendapatkan habuan...


maka dihulurkan juga beg yang berisi dengan tabung duit... namun sebelum barangan tersebut menjadi hak milik mereka.. sempat juga menyuruh diorang membaca dan mengira... ternyata masih ada yang tidak boleh membaca dan tidak mengenali huruf..


walau begitu... ada dikalangan mereka mampu membaca... tapi amat malu untuk menuturkannya...

sudah datang anak-anak.. datang pula para ibu dan bapa.. yang juga ingin memndapatkan beg dan barang-barang yang lain...

ada yang tidak berbaju... duduk dan menghisap rokok daun..
atas rasa ikhsan.. kami hulurkan barangan tadi buat mereka...

gembira benar mereka kulihat...
beg yang dihulurkan walaupun hanya merupakan beg jinjit.. tapi dapat kurasakan bahawa beg itu umpama beg sekolah bagi mereka..





melihat dan merenung di setiap wajah yang hadir di majlis tempoh hari...
hanya dapatku gambarkan kepayahan dan kerumitan yang sudah pun menjadi rutin bagi mereka...
namun untuk membantu dan menghulurkan kemewahan tiadalah dayaku...
mengikuti program seperti ini.. terlintas di hati ini bahawa..
sebenarnya...
kita masih belum cukup mempunyai pemimpin yang benar-benar menyelami hati rakyat..
masih belum mencukupi pemimpin yang mampu membaca garis-garis wajah rakyat yang memerlukan...
Dari sudut hati dan minda ini... hanya kepayahan yang mengajar kita untuk menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberi... bukan pula untuk dibangga-banggakan...

2 comments:

chupchintap said...

mcm seronok je :]

Kisah Hati hamba said...

memang seronok chupchintap... penat jugak... heheheeh