Petang td (kol 5.30 pm) aku sempat kuar jalan kat sawah padi belakang runah… aku ajak anak sedara pompuan ku… AINA NUR SAFYA… anak berusia 5 tahun itu…..puas jugak aku mengajak nya… tak mahu ikut plak katanya.. tapi aku memujuk dgn menyatakan ‘Pak Njang Man’ kendong aina… bingkas dia dr sofa ruang tengah rumah buruk ku ini… aku keluar mengendong nya keluar ke bendang. Tok Ayah (ayahku) yg melihat gelagat aku dr buayan di laman bertanya sekadar bertanya..
“nak ke mana tue…”
“ke bendang” balasku…
lepas meniti batang kelapa di parit kecil tuh.. ku lihat bendang masih baru dgn anak padi… benih padi pun masih kelihatan menguning sebiji-sebiji dengan pucuk hijau macam pokok taugeh galak menghulur pucok.. huhu… air cetek menjelaskan lagi butir-butir benih padi di atas selut bendang suci itu.. aku kendong aina sampai ke jalan yg membahagi dua bendang yg luas terbentang itu… meniti batas-batas bendang…
Sampai di jalan akun turunkan aina… aku cakap..
“pak njang man lenguh la adik… trun erk..” lantas anak kecil itu turun menggelungsur dr susuk tubuh belakangku…
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan deras sekali sekala… huhuhu…rambut aina yg ikal dan bergulung dibawah sampai ke bawah bahu itu terbuai ditiup angin… aku hirup udara petang td sedalam-dalamnya..hmm.. dh lama sgt aku tak buat macam neh.. macam dulu2… seperti dulu… aku genggam erat tangan aina dan jalan beriringan menentang angin yg bertiup kuat… gunung yg berada di sebelah kanan masih utoh seperti dulu… tiada sebarang perubahan… sinaran cahaya matahari yang merah… mengindahkan lagi suasana senja nan merah petang tadi… matahari bulat merah dikaki langit kulihat… juga kaki gunung…. Aku katakan pada aina..
“adik tu matahari….! Besar tak?”
“Besar!” Aina membalas…
“pak njang man.. kita nak pegi matahari ker…” soal aina…
hmmm…
“aina nak pegi…?”
“ Tak mau.. takut…”
“ matahari tu jauh dik… jauh sgt… tak siapa dpt pegi.. panas sgt matahari tue… tapi adik kena jd mcm matahari… walaupon dia jauh berjuta-juta batu jauhnya… tapi dia tetap menyinari.. menerangkan.. dan menyuluh seluruh alam neh… pak njang man rasa… ayah adik plak walaupun jauh… tak penah dtg tengok adik…jarang tepon adik.. dia masih sayang kan adik ..masih ingat adik..…”
aku sedih mengenang nasib anak kecil yg dahagakan kasih sayang seorang ayah… sejak berusia 2 tahun.. ayahnya langsung tak pernah menjenguk dia.. klu ada pon sekejap sgt.. itupon di mahkamah aje la… tupon dpt sgt dihitung… sudah berapa thun tidak beraya bersama…
No comments:
Post a Comment