Thursday, 23 October 2008




Perjalanan pulang berhari raya
Dewan menunggu Hentian duta. Hari ini 25 September 2008. Seperti mana yang tercatat pada tiket bas transnasional yang telah aku beli dua hari berpuasa dulu maka hari inilah hari kepulangan ku ke kampung halaman untuk menyambut syawal bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pagi tadi pukol 5.01 am k odah telah buat tiga ‘misscall’ untuk mengejutkan aku dari tidor. Azida menghantar mesej mengejutkan aku dan beberapa minit selepas aku tidak membalas mesejnya. Aku menerima panggilan darpadanya. Aku memberitahunya aku sudah pon bangun. Walhal, aku sambung ckit lagi tidurku selepas itu. Aku pasang alarm di handphone ku pukol 6.00am. pukol 6.15am baru aku terbangun. Terus masuk bilik air dan bersiap. Aku kejut housemateku Idir untuk menghantar aku ke komuter ukm. Jam 6.50am aku sampai di komuter ukm. Aku ambil keputusan untuk membeli tiket ke bandar tasik selatan untuk bertukar menaiki star lrt ke plaza rakyat.
Tiba di pudu raya, aku di sapa oleh seorang pak cik tua (tapi masih gagah) yang sedang berborak dengan seorang anggota polis yang berada di pintu keluar menunggu bas. Aku ditanya pak cik tu hendak ke mana? Aku membalas aku mahu ke hentian duta. Pak cik itu menjawab tiada bus untuk ke hentian duta. Kerana semua shuttle bus yang ada destinasinya hanya ke bukit jalil sahaja iaitu bagi penumpang yang akan pulang ke selatan.
Aku marah sangat pada rakan ku (dalam hatila) sebab diala yang berkeras sangat cakap naik dekat pudu la murah. Jimat. Part tu memang aku bersetuju. Tapi aku sebelum ni, kalau naik bas di hentian duta, perjalanan aku biasanya bermula dari komuter ukm ke KL Central. Kemudian aku akan beli kupon teksi bernilai rm10 dan terus menaiki teksi ke hentian duta. Cepat walaupun mahal sikit. Tapi malam semalam, lepas berbuka puasa dengan dr rozmi, k ani, k odah, fizah dan bg kamal, aku berjumpa sheila dan dia mencadangkan aku untuk naik shuttle bus sahaja dari pudu ke kl central. Rm 1 sahaja katanya. Aku bertanya kembali pada sheila, betul ke ada shuttle bus dari pudu ke hentian duta. Katanya dengan begitu yakin pasti ada!. Sheila begitu yakin sangat dan bagaikan memaksa aku untuk bergerak ke pudu dahulu semalam. Pasti adalah!. Yakin sangat dia meyakinkan aku. Selalu dah katanya macam tu. Aku pun sebelum ini sebenarnya pernah berbuat begitu. Tak silap pada raya 2 tahun lepas. K odah pun juga ada menasihatkan untuk naik shuttle bus sahaja dari pudu ke duta. Tapi kali ini hati aku tak sedap sangat untuk berbuat seperti yang disarankan. Aku sebenarnya lebih senang untuk bergerak terus sahaja ke KL Central dan ambil sahaja teksi ke duta. Sebab aku sendiri khuatir sekiranya aku bergerak ke pudu dahulu. Tentu akan mengambil masa yang lama untuk tiba di hentian duta. Aku bimbang sekiranya aku terlewat memandangkan aku akan menaiki bas pukol 9.00am. sekiranya naik suttle bus, tentu jem pagi-pagi buta di kl. Risau aku. Namun pagi tadi segalanya bagaikan tak terancang. Aku ikut sahaja pesan sheila untuk bergerak terlebih dahulu ke pudu. Sebaik pukul 7.45am aku sampai sahaja di pudu tengoklah. Tak ada pun shuttle bus ke duta. Sekiranya ada pun bas akan menunggu penumpang-penumpang lain sehingga penuh dahulu bus baru bergerak kata polis yang berada di samping pemandu teksi tersebut.
Aku bertanya semula kepada pak cik teksi itu kembali, berapa tambang teksinya tu. Rm15 katanya. Itu sudah murah katanya. Sekiranya orang lain kat tepi jalan sana tu biasanya rm20 hingga rm 30 atau lebih katanya. Tapi mata aku melilau juga ke jalan sana. Kalau2 ada shuttle bus ke duta. Tapi memang tak ada. Yang ada pun ke bukit jalil. Hish... geram pulak aku. Pak cik teksi pun menyatakan tengok memang tak ada bus ke duta. Semua ke bukit jalil. Lagi pun, sekiranya ada ke duta. Jem teruk pagi2 hari bekerja ni ke duta. Huhuhu.. aku pon mengalah, lagi pun aku ada lebih kurang 1 jam 15 minit lagi untuk ke duta sebelum bas bergerak. Huhu.. aku menurut sahaja ke pak cik itu untuk menaiki teksinya yang terletak di stesyen teksi puduraya yang terletak di tingkat 2. Dalam hati, aku mengikhaskan hati. Kata hatiku.. tak apalah sekurang-kurangnya aku buka rezki buat pemandu teksi seperti pak cik ni. Kesian pulak tengok pak cik lebih separuh abad yang hampir sebaya dengan datuk ku di kampung. Aku tekad biarlah tambang aku ni nanti dapatlah dia sikit rezki nak beraya. Huhu.. naik sahaja teksi. Bila teksi mula bergerak. Ak cik ni memulakan bicara. Biasalah.. pemandu teksi kan memang peramah semuanya. Ala-ala pemandu pelancong.. heheh.. aku suka je sebenarnya.
Pak cik mula bertanya pulang ke mana. Kedah balasku ringkas. Aku tanya semula pak cik. Dia tinggal di mana. Katanya di ampang. Kampung nya di johor. Ada rumah di ampang. Baru buat. Raya ni beraya di ampang dulu... raya kedua baru pulang ke johor.. beritahu pakcik lebih separuh abad ramah.
Anaknya yang sulung belajar di england. Balik menjadi seorang pengarah bahagian cari gali petronas.
Anak kedua juga sambung pengajian di england. Kerja dengan telekom.
Katanya pagi ini sebelum balik kampung kita pusing2 tengok rumah orang kaya. Supaya kita dibuka hati tahu macam mana nak jadi kaya. Sebelum jadi kaya kita kena tengok macam mana diorg kaya. Baru timbul semangat nak berusaha ke arah itu.
Pesan dia lagi sebelum aku menuruni teksi.
Dont broken your parents heart. Jgn sesekali. Tunjukkan avaibility anak pada diorg. Belajar rajin2

No comments: