
Jalan ke Subang jaya mencari holiday villa...
Orangnya manis... wajah tidak terlalu bengis... tingginya sudah cukup... lagak dan suaranya tegas tapi penuh dengan hemah.. tidak terlalu lantang terjerit-jerit... kemas gayanya mengorak langkah memberi arahan kepada setiap penumpang....
Sememangnya penat untuk berebut masuk ke dalam komuter. Tetapi aku agak janggal petang tadi... tidak tahu mana arah... sistem baru di komuter yang meletakkan garisan merah utk dijadikan petunjuk bagi penumpang beratur sebelum masuk ke dalam komuter... seorang anggota polis wanita.. yang manis rupanya begitu komited dan profesional sekali mengendalikan para penumpang yang berebut untuk memastikan diri masing-masing lepas menerobos ke dalam komuter.. ramai orang.. sesak jadinya komuter.. namun di sebalik kesesakan itu.. anggota polis wanita tadi memainkan peranannya dengan cemerlang sekali.. setiap butir arahan nya jelas
beratur di garisan merah... buat dua barisan... garisan hijau adalah untuk penumpang dari dalam komuter keluar... sebaik sahaja komuter tiba... dia berada di sisi pintu komuter memberi arahan.. jangan berebut.. beri laluan kepada penumpang yang mula keluar... masuk terus ke dalam sambil mengetok-ngetok cermin komuter.. memberi arahan agar penumpang di dalam komuter terus masuk ke dalam supaya beberapa penumpang lain yang belum dapat masuk ke dalam komuter dapat sama-sama ke destinasi masing-masing...
sungguh menarik perhatian aku.. terdetik di minda.. alangkah baiknya sekiranya lebih ramai lagi orang sepertinya... hidup masyarakat kita secara tidak langsung lebih harmoni dan sejahtera.. sejahtera dari segi mental dan fizikal.. kurang stres dan permusuhan... sampai satu ketika aku mahu mengangkat tangan dengan menunjukkan ibu jari sebagai tanda bagus kepadanya dari dalam komuter melalui cermin... namun beliau lebih khusyuk dengan tugas menyusun dan memastikan setiap penumpang dapat masuk ke dalam komuter....wiselnya dibibirnya ditiup nyaring menarik perhatian memberi arahan kepada pemandu keretapi bahawa semua sudah siap sedia bergerak..
Perjalanan ku diteruskan menuju Subang Jaya...mencari Holiday Villa Hotel ....untuk bertemu ibu dan keluarga tersayang...
1 comment:
sori, google komuter and holiday villa, pastu sampai page nih.. nak tompang tanya, jauh tak stesen komuter subang tuh nak ke holiday villa?
Post a Comment