Sunday 29 November 2009

terkenangkan seorang pak cik...

Bangun pagi main gasing,
ali ketiga membawa tuah,
setiap hari wiridku putrajaya baling,
sekarang sarawak bumi bertuah,


sabarlah adikku, anda masih muda gagah dan kacak, pengalaman penting juga kan...semoga anda sihat... (7 May 2009 ; 10:49 pagi).

............. itulah antara bait-bait mesej yang aku terima oleh seorang kawan yang juga pak cik dan juga seorang "orang tua" yang begitu mengambil berat akan orang muda seperti aku...

mesej ni aku dapat stelah aku mula berkhidmat di tempat kerja skg... aku mengenali nya semasa di sesi temuduga di Alor Star dulu... orangnya sudah berumur hampir sebaya ayahku... peramah dan juga baik hati... tidak gemuk sangat dan tidak pula tinggi sangat... memakai songkok dan juga blazer sewaktu hari temuduga tersebut... macam mana boleh kenal dan rapat.. mana tak nya.. dalam sesi temuduga tuh.. hanya dua orang saja calon lelaki.. aku ngn dia sahaja... heheheh...

bertugas sebagai pemandu di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Nerang Kedah... sudah hampir beberapa tahun.. mempunyai lima anak... apa yang menarik ialah beliau merupakan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)tahun 2007...

Semasa menunggu untuk masuk ke bilik temuduga... (yang begitu lama sangat2).. beliau sempat untuk membelikan aku sebungkus air.. air skyjuice.. hehehe(turn dia lama lagi...sebab tuh sempat g beli heheh) seorang pemuda memanggilku dari pintu depan sewaktu aku sudah pun di hadapan pintu temuduga.. dahaga betul air saat tu.. yalah aku baru sampai dari Kuala Terengganu subuh tadi.. penat pun tak hilang lagi buat bengkel tiga hari di sana... dah la tak masuk kerja hari tu.. buat EF jer... huhu.. balik ke cerita tadi.. pemuda tadi panggil aku dari pintu depan cakap ayah aku panggil... terkejut aku.. ayah aku datang buat apa time2 camni kan.. wahahah.. rupa-rupanya baru aku paham bila aku nampak pak cik tadi melambai-lambai aku dari cermin... oh.. pak cik rupanya.. tersenyum aku pada pemuda tadi.. boleh pulak dia cakap itu ayah aku.. sampai di muka pintu.. pak cik menghulurkan aku sebungkus air.. suruh aku minum pintanya bersahaja.. macam tahu2 je pak cik ni.. saat tuh rasa diri aku ni begitu berharga.. wahaahhha.. dah minum barulah aku masuk balik ke depan pintu bilik temuduga tuh.. sampai turn aku.. hhuhu..

......... tapi sekarang.. bila dapat keputusan temuduga tu.. sedih jugak aku... pak cik tak dapat untuk ke jawatan aku sekarang... terharu aku dengan telatah dan senyum yang menunjukkan kematangan beliau... namun aku masih berdoa agar satu hari nanti.. pak cik jugak akan berjaya naik pangkat.. InsyaAllah.. amin...

pantun yang dimesejkan kepada ku bila dibaca semula... sebenarnya memberitahu bahawa beliau sebenarnya sentiasa mendoakan aku agar dapat berkhidmat di utara... dan beliau sering mengusikku agar aku akan posting di JKM Kuala Nerang.. hehehe...

ini satu lagi mesej yang akan aku simpan dan cuba praktikan InsyaAllah..

..." ok buat yang terbaik, permudahkan segala urusan Islam, Nanti kita jumpa lagi, jangan lupa tengok2lah pasangan bahagia..."

terima kasih En Zainol aka pak cik.......... wassalam...

2 comments:

Sufy said...

hehe..nice story..smg pakcik tu diredhai slalu..;)

Kisah Hati hamba said...

thanx sufy... harap semoga pak cik zainol dimurahkan rezeki selalu dan diberi nikmat kebahagian dalam keluarga...