Satu suara satu komuniti satu persatuan…
Itulah nama pameran yang baru sahaja tamat aku terlibat. Pameran dan majlis perasmian satu suara, satu kumuniti, satu persatuan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri…
Bertempat di Central Park One Utama Damansara… Bertolak seawal tujuh pagi…mencari jalan ke Bukit Jalil asalnya, namun oleh kerana sudah tersesat agaknya.. maka kami terus menuju ke damansara mencari One Utama.
Itulah nama pameran yang baru sahaja tamat aku terlibat. Pameran dan majlis perasmian satu suara, satu kumuniti, satu persatuan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri…
Bertempat di Central Park One Utama Damansara… Bertolak seawal tujuh pagi…mencari jalan ke Bukit Jalil asalnya, namun oleh kerana sudah tersesat agaknya.. maka kami terus menuju ke damansara mencari One Utama.
Awal pagi sempat sarapan dulu... tapi sarapan pagi tidak disediakan pula untuk pameran kali ini… so.. Hasnol yang baik hati telah belanja kami makan di McD… sausage with muffin… heheheh thanx Hasnol…
Seawal jam 9.30 pagi.. orang ramai mula berpusu-pusu datang ke pameran.. booth aku antara yang perlu dipenuhi… kerana booth aku memerlukan setiap belia untuk mendaftarkan diri dengan mengisi borang e-belia yang akan dijadikan sebagai pengkalan data bagi belia seluruh Negara. Dengan tujuan yang lebih utamanya, apabila mendapat maklumat peribadi dan alamat serta nombor telefon, maka akan senanglah segala program yang melambak-lambak yang telah disediakan dan akan dilaksanakan oleh kementerian belia dan sukan ini menyebarkannya…sekaligus memperbanyakkan aktiviti unttuk belia di seluruh Negara tak kira walau di mana berada…heheh
Selain itu, booth aku juga menyediakan buku-buku penting yang diberikan secara percuma kepada pengunjung belia yang mengisi borang e-belia selain beg dan pen.
Makan tengahari disediakan… begitu banyak sekali makanan yang berbungkus
Habis program.. banyak benar makanan yang belum habis… jadi, dengan kesedaran tentang pembaziran adalah amalan syaitan.. aku dan budak-budak pembangunan belia… dengan murah hati menghulurkan segala makanan dan buah-buahan kepada setiap pengunjung yang melaluim booth..
“bang, kakak… adik...makanan lebih… bihun ada buah ada. Jemput ambil..” sambil menghulurkan tangan memberi makanan namun.. ada di antara yang menyatakan.. tak nak lah bang.. dah kenyang.. kenyang sangat.. dihulurkan lagi kepada pengunjung yang lain… sama juga jawapannya.. ada yang menyatakan… saya dah dapat.. dah banyak…
Susah benar hendak menghabiskan makanan lebih ni… sudah dihulur depan hidung pun boleh menolak …
Dari sudut hati ini.. maka aku mula tersentuh.. bertuah benar rakyat Negara Malaysia ni… makanan lebih sehingga jenuh untuk diberikan… jauh sekali berbeza dengan beberapa negara di Afrika contohnya.. berebut-rebut sehingga tidak cukup makanan dihulurkan.. sehingga nasi sebutir boleh dikongsi beramai-ramai. Sungguh daif…
Bersyukur benarlah kita yang dilahirkan di sebuah Negara yang dikurniakan nikmat dan rezki yang melimpah ruah ini… jauhkanlah diri sesama kita dari sifat kufur nikmat.. kelak buruk bahananya ditarik semula apa yang telah dikurniakan oleh Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani… Tuhan Pencipta sekalian ala mini… Nauzubillahiminzalik…
No comments:
Post a Comment